Saturday, June 18, 2011

dontdontdont !

salam alaik , bcebce . .

> >Jangan, jangan dan jangan
> >Jangan sengaja lewatkan solat.
> >Perbuatan ini Allah tidak suka.
> >Kalau tertidur lain cerita.

> >Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
> >Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

> >Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
> >Makruh kerana ia membahayakan.

> >Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
> >(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

> >Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
> >Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

> >Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
> >Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

> >Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
> >diselaputi dosa.

> >Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
> >bila-bila masa.

> >Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
> >kalau memang kita bersalah.

> >Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
> >hilang bahagia.

> >Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
> >kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

> >Jangan bakhil untuk bersedekah.
> >Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

> >Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
> >Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
> >menghilangkan kasih orang kepada kita.

> >Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
> >cepat dimakbulkan ALLAH.

> >Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
> >Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

> >Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
> >Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

> >ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


sekian , SALAM >> ^^

No comments:

Post a Comment